Apkim Resources

Copyright © 2009 APKIM Resources (Reg No 49699000L). All Right Reserved. Intellectual Property Right Policy

Siri Syurga Dunia: Rahsia Menambat Hati Pasangan

 

Macam kucing dengan anjing… pasti bergaduh selalu! Ini kerana si kucing dan si anjing banyak perbezaan, antaranya dari segi tabiat, sifat dan bahasa. Bayangkan kalau si anjing boleh mengiau atau si kucing boleh menggonggong - tentu mereka boleh melakukan sesuatu untuk memperbaiki hubungan mereka. Begitulah juga hidup bersuami isteri.  Jika pasangan dapat memahami perbezaan antara satu sama lain, mungkin banyak perselisihan dapat dielakkan.  Salah satu daripadanya ialah perbezaan personaliti atau sifat.

Banyak kaedah psikosomatik telah diwujudkan untuk mengetahui profil personaliti seseorang.  Antaranya ialah D.I.S.C profil yang digunakan APKIM Resources agar pasangan mengenali profil mereka dan membantu mengenalpasti cara komunikasi yang bersesuaian, menangani konflik dengan lebih efektif serta membuat penyesuaian dengan lebih mudah dan cepat.

Sebagai contoh, profil personaliti akan membantu seseorang memahami mengapa beliau tidak suka perbincangan. Ini akan membantu pasangannya memikirkan cara-cara yang dapat mewujudkan suasana agar perbincangan dapat dilakukan dengan selesa. Banyak lagi faedah yang boleh kita raih dengan mengetahui profil pasangan kita. Kerana itu, APKIM kini mengadakan

 

 Siri Syurga Dunia : Rahsia Menambat Hati Pasangan agar pasangan yang telah mendirikan rumahtangga (samada baru ataupun sudah lama) dapat mengukuhkan lagi mahligai yang telah dibina. Sesi selama 2 jam ini akan diadakan pada hari-hari Sabtu bermula di bulan April, jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari di pejabat APKIM Resources, 134 Arab Street. Bayaran sebanyak $28 seorang (potongan harga $3 bagi bekas peserta KBRT APKIM). Sila mendaftar secara online atau hubungi kami di talian 62951011.

 

Siri Ibubapa Berjaya: Rahsia Mendidik Anak Cemerlang dari Alam Rahim

 

Selain Siri Syurga Dunia, APKIM juga akan mengadakan Siri Ibubapa Berjaya: Rahsia Mendidik Anak Cemerlang dari Alam Rahim. Siri ini akan membantu pasangan yang baru berumahtangga dengan tips-tips agar anak-anak yang bakal dilahirkan berpotensi menjadi anak cemerlang. Berbagai rahsia alam kandungan serta kesan minda, psikologi dan emosi bayi akan dikupas didalam sesi ini. Dapatkan berbagai panduan yang praktikal bagi ibu bapa. Sesi selama 2 jam ini akan diadakan pada hari-hari Sabtu bermula di bulan April, jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari di pejabat APKIM Resources, 134 Arab Street. Bayaran sebanyak $28 seorang (potongan harga $3 bagi bekas peserta KBRT APKIM). Sila mendaftar secara online atau hubungi kami di talian 62951011.

 

IMPACTFUL HI-T-eens

 

Bagi para ibubapa yang mempunyai anak di peringkat umur antara 11 hingga 15 tahun, sesi IMPACTFUL HI-T-eens merupakan satu wadah untuk para ibubapa mengenal profil diri mereka dan profil anak mereka.  Melalui sesi bengkel interaktif bersama jamuan Hi-Tea ini, Ibubapa dan anak  dapat pelajari cara komunikasi yang lebih berkesan agar dapat mengelakkan konflik serta mengekalkan hubungan rapat antara mereka. Sesi ini akan diadakan pada hari Sabtu,  11 hb April 2009, 2.30 hingga 5.30 petang bertempat di NUS Shaw Foundation Alumni House. Yuran $48 bagi seorang, daftar segera untuk mendapatkan yuran promosi $99 bagi 3 orang khas buat 50 peserta pertama.

Jika ibu bapa dapat memahami perbezaan antara diri mereka dengan anak mereka, mungkin banyak perselisihan dapat dielakkan.  Salah satu daripada perbezaan yang wujud ialah perbezaan personaliti atau sifat. Banyak kaedah psikosomatik telah diwujudkan untuk mengetahui profil personaliti seseorang.  Antaranya ialah D.I.S.C profil yang digunakan APKIM Resources agar ibu bapa mengenali profil anak mereka dan membantu mengenalpasti cara komunikasi yang bersesuaian, menangani konflik dengan lebih efektif serta membuat penyesuaian dengan lebih mudah dan cepat.